Ahad, 27 Disember 2015

BANDUAN


AKU DAN BANDUAN


Kalau tengok perkataan banduan pun pelbagai persepsi akan kita fikir, lagi-lagi yang negatif. sama lah macam aku. bile dapat je keje sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, dapat pulak bawah JAKIM, memang seronok tak terkira lah sebab aku memang lame dah teringin nak kerja kerajaan ni. kalau soal akan dihantar ke penjara tu aku tak rase itu satu masalah sebab banduan tu manusie jugak, bukan hantu, hahahaha...

Takpelah, itu cerita aku. kite straight to the point lah. Macam tajuk atas tu, aku terfikir nak buat sebab sejak aku mengajar banduan di penjara Kluang, aku rase persepsi aku terhadap diorang ni banyak berubah. Yelah, ramai rupenye banduan ni yang berkelulusan tinggi. Malah ada yang berpangkat, artis dan sebagainya. Cume biaselah, manusie, tak lari dari melakukan kesilapan. diorang yang dihukum tu boleh aku katekan lebih baik dari orang luar tu yang buat jahat tapi tak kena tangkap. At least, diorang ni dah dihukum.

TAPI...
Aku sedih jugak bile dengar diorang cakap bile diorang keluar je dari penjara, masyarakat dah tak nak terima. Ada yang mencemuh, ada yang memandang dengan pandangan yang hina, ada yang memulaukan mereka, tak kurang juge ada yang mengungkit-ungkit kesalahan yang mereka pernah lakukan. Salah satu sebab diorang ni bile keluar nanti, berbalik ke perangai lame pun sebab persepsi dan pandangan negatif yang kita kenakan pada diorang. pe salahnye kalau kite ni same-same mendoakan kebaikan untuk diorang. Memanglah, dalam Islam pun, dari sudut mencari kawan, kite digalakkan supaye cari kawan yang baik-baik, tapi bagi akulah, kalau semua orang yang baik nak cari kawan yang baik-baik je, sape yang nak berdakwah kat diorang ni?. alamak, terceramah pulok...hahaha

Hakikatnya, disisi Tuhan hanya amalan je yang membezakan kita ni. bukannya pangkat, harta atau rupe. aku tak nafikan yang ada sebahagian yang masuk dalam penjara ni golongan yang memang patut dipenjarakan. Tapi itu tak bermaksud kite boleh layan diorang disebabkan ada title banduan tu. Baik, kalau banduan tu orang lain, mungkin korang rase ok lah nak kutuk bagai, tapi cube kalau satu hari nanti kite  pulok jadi banduan?atau ada dikalangan ahli keluarga kita pulak jadi banduan? 

Aku bile bekerja dalam penjara ni, satu perkara yang sangat bermakna yang aku dapat adalah rase syukur yang amat. Bile tengok diorang kena kurung bagai,  sebab aku bebas kat luar tu. ada yang bekerja, tapi setakat yang aku tau lah, gaji paling tinggi rm7 sehari...memang lah makan, pakaian, tempat tinggal percuma. tapi kalau aku lah, dibayar gaji rm70 sehari pun aku tak nak duduk dalam tu. fuhhhhh...

Setiap manusia boleh berubah dan bagi pandangan aku secara peribadi, kalau orang yang dah pernah melakukan kesalahan, kemudian die bertaubat dengan sebenar-benarnye, insyaa Allah die jadi hamba Allah yang lebih baik dari kite yang terase diri ni bajet baik...maaf kalau terase...huhuhuhhuu.

Duduk sekali dengan diorang dalam blok, memberi aku satu pengalaman yang cukup bermakna, tak semua orang dapat masuk ke dalam penjara ni. sebab tu andai kata aku dipindahkan ke mana-mana agensi kerajaan yang lain atau aku sendiri minta pindah or whatever lah, aku doakan semoga setiap tenaga pengajar yang masuk ke penjara ni tolong lah pasang niat untuk bantu diorang ni, bukan menambah beban lagi. Ada ramai ustaz-ustaz kat luar sana yang hebat-hebat, jadi kalau rase nak menambah lagi kehebatan tu, baik ceramah kat diorang ni yang sangat memerlukan. kalau kat masjid tu, memang dah baik-baik dah.


Oklah, ni permulaan cerita aku...kalau nanti ad mood nak menaip lagi, aku akan tulis cerita yang selanjutnya. akhir kalam, semoga institusi penjara di malaysia khususnya dan dunia umumnya, dapat memberi pendidikan yang terbaik kepada semua banduan dan ketika mereka keluar dari penjara nanti, semoga masyarakat akan menjadi guru dan pembimbing yang terbaik untuk mereka, amin insyaa Allah..salam