Khamis, 7 Januari 2016

2 SOALAN YANG FEMES DARI BANDUAN



Soalan tu ada macam-macam lah. biasenye soalan simple je sebab diorang ni kalau kat luar nak bertanye malu. al-maklumlah, masyarakat kite ni kalau ditanye soalan yang mudah sangat, nanti die kate kite ni 'kurang cerdik'. Sedangkan orang yang rajin bertanye tu sepatutnya kita puji. Ok, berbalik pada tajuk asal...Setiap kali ada penghuni baru yang masuk blok, mesti 2 soalan ni diorang akan tanye...

PERTAMA:

Apakah hukum TAYAM?

Sebelum tu, mesti ramai yang kat luar sane nak tau ape tu tayam kan? maaf lah ye kalau ada ayat aku yang agak lucah sebab ni memang bab ni agak kedewasaan sikit. tapi dalam kaedah menuntut ilmu, tak perlu malu. Malu nak buat jahat takpe.hihihi. 

TAYAM ni dalam bahase mudahnye buat tindik kat kemaluan lelaki. atau memasukkan sesuatu ke dalam kulit kemaluan lelaki untuk jadikan tuan punya badan semakin yakin bila nak 'beraksi'. lagi satu, supaya pasangan akan rasa lebih seronok dan puas. itu maklumat yang aku dapat lah setakat ni...aku sendiri pernah tengok tayam ni. tapi aku pulok yang rase sakit. sebabnye, diorang buat tayam ni dalam penjara. jadi diorang potong sedikit kulit kat kemaluan tu untuk masukkan tindik tersebut menggunakan kaedah manuel. takde bius bro...fuh...

Biasenye diorang guna pemadam.kalau takde, tasbih pun jadik. kalau takde, ape-ape jelah benda yang boleh diasah jadi bulat atau bujur sebelum dimasukkan ke dalam kulit kemaluan. ada yang masukkan sampai 6 biji..setakat ni aku tak jumpe lagi fatwa mengatakan tayam tu haram. Tapi perlu diketahui bahawa setiap sesuatu yang mengubah ciptaan Allah taala tanpa sebab yang munasabah adalah Haram hukumnya. Diorang ade jugak pertikai, pe salahnye kalau benda ni dapat memuaskan nafsu isteri. bagi aku senang je, 3 hujah yang aku pakai;

i. Perkara yang haram tetap haram. ditakuti kalau menanah sebab dijangkiti kuman, terus 
   mandul lagi susah.

ii. Itu buktinye die lemah tenaga batin. Kan ada banyak cara atau perubatan yang tak
   mendatangkan mudarat. contohnya senaman dan minuman herba orang-orang kampung.
   jadi alasan ni ditolak.

ii. Nak memuaskan isteri tak semestinya menggunakan kaedah seks, kalau kita buat
   perkara yang disukai pun, wanita dah rase happy dah. Pe guna nafsu kuat tapi isteri
   ditampar-tampar, ditendang-tendang dan dimaki-maki?


KEDUA;

Apakah hukum TATOO?

Ni ringkasan yang aku buat dari website E-FATWA;

1.    E-Fatwa Kali Ke-86 ,bersidang pada 21 – 24 April 2009, hukumnya HARAM. wajib bertaubat dan menyesal serta hilangkannya guna kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan kemudharatan. Jika mudharat dimaafkan. Bagi orang yang meninggal dunia, tidak wajib dihilangkan kerana akan menyeksa mayat.

 
Keterangan/Hujah: 
1.     Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.”
(Riwayat al-Bukhari)
2.   Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”.
(Riwayat al-Thabrani)
3.  Imam al-Nawawi (al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim) menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
 
4.   Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
 
5.    Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
 

6.  Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

    Tapi biasenye diorang dah tau, cume rase was-was bile nak solat bile ada tatoo. hukumnya sah. solat dengan tatoo perkara yang berbeza. yang salahnya kalau tak solat. memanglah kalau ikut pandangan masyarakat luar orang yang bertatoo ni dah macam ahli nerake. tapi soal syurga neraka biar Allah taala yang tentukan. yang penting banyakkan kan bertaubat dan jangan mengulangi perbuatan tu lagi. Allah taala itu MAHA PENGAMPUN. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan