Jumaat, 8 Januari 2016

TERIMA KASIH BANDUAN



Pertama kali aku masuk penjara, rase excited jugak lah sebab sebelum ni tak penah ada pengalaman masuk penjara. Antara syarat nak masuk penjara ni ialah kena tinggalkan handset dan dompet di luar penjara. Tak kisah lah nak letak dalam kereta ke, motor ke, atau dalam bilik pemeriksa. Balik kerja baru boleh ambil. Nak dijadikan cerita, aku telah ditugaskan untuk mengajar di sebuah blok yang diberi name BLOK BERKAT. kepada bekas baduan di luar sane yang pernah mendiami BLOK BERKAT, anda sendiri boleh menceritakan bagaimana perasaannye duduk dalam tu. hihihi...

Dulu aku selalu dengar orang cakap, "ala duduk penjara best ape, makan free, tempat tinggal free"...Nasihat aku, bagi yang pernah cakap macam tu, banyakkan bertaubat. Sebab hanya orang yang pernah masuk penjara je yang tahu betapa seksanya duduk kat penjara ni. Aku tak nafikan sekarang pihak jabatan penjara telah banyak melakukan penambahbaikkan, lebih-lebih lagi dari sudut program-program yang bersifat ilmiah dan kerohanian. Tapi hakikatnye, fitrah manusia ni nakkan kebebasan yang mutlak.

Pengalaman aku tak lah banyak. Tapi aku tetap nak kongsi jugak pengalaman yang sedikit ni. sebab ni blog aku, suke hati aku lah nak tulis pe...hahaha...takdelah. jangan serius sangat, tak bes. Ok, kite sambung. sebab mudah-mudahan dengan cerita yang aku sampaikan ni, sedikit-sebanyak dapat mengelakkan sahabat-sahabat di luar sana untuk tidak melakukan perbuatan yang boleh membawa kalian semua ke dalam penjara.

Begini, bilik dalam blok tu kecik sangat. kalau duduk sorang satu bilik takpe. ini duduk beramai-ramai. jumlahnye aku tak boleh lah bagitau. sebab itu confidental. tapi yang pastinye memang tak selesalah. Al-maklumlah, bile duduk ramai-ramai ni, haba dari badan tu akan memanaskan udara sekeliling. Plus, kipas memang tak disediakanlah. 

Bayaran untuk banduan yang bekerja di penjara ni memang sangat-sangat lah sedikit. tapi bile difikirkan, bagus jugak, supaya bile diorang ni keluar nanti, barulah diorang hargai nilai setiap wang ringgit yang diorang dapat. kalau bab makan pulak, boleh dikatekan diorang ni lagi cukup makan kalau duduk dalam ni. Tapi dah name pun makanan di penjara, faham-faham jelah. jangan tanye sedap ke tak. bile aku tanye banduan, pe jawapan diorang, "ala ustaz, makanan ni sekadar nak isi perut yang lapo ni je"...

kalau ade kes gadoh, semua bilik akan dikunci. Kalau ikut pemerhatian aku, ada yang sampai 3 minggu kena kunci dalam bilik. fuh, memang azab lah. kalau ada yang langgar peraturan pulak, itu pun aku tak boleh cerita. Tapi yang pasti, kalau sesiapa kena denda tu, memang akan berjanji taknak buat lagi...huhuhu...nak buat macam mane, dah kau buat salah, memang kenalah. Soal pergerakan, memang sangat-sangat terbatas. Hatta nak pergi jumpa family pun kena ada pengiring. Kalau sakit, memang ada hospital dalam tu, tapi janganlah mengharapkan ko akan dilayan seperti di hospital luar ye...hihihi

TAPI...

Apa yang aku dapat bile saksikan semua ni?

Dapat perasaan syukur....
Syukur sangat sebab dapat makanan yang sedap-sedap.
Syukur sangat dapat duduk dengan family tercinta
Syukur sangat dapat duduk di rumah yang selesa walaupun tak besar mane.
Syukur sangat dapat tidur atas tilam yang empuk.
Syukur sangat bebas nak kemana-mana.
Syukur sangat dapat rasa nikmat kipas.
Syukur sangat dapat gaji yang sangat tinggi berbanding banduan.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana sedarkan hamba-Mu yang lemah ini akan nikmat yang sentiasa beredar di sekeliling nya dan terima kasih juga kepada banduan kerana anda telah banyak mengajar ku erti bersyukur yang sebenar-benarnye....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan